Tuesday, August 31, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53







SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53
O/C: Ang Sew Cheng & Lioness Jackie
Tarikh: 30hb Ogos 2010
Tempat: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Masa: 8.30am - 9.30am
  • Tanggal 31hb Ogos, negara kita Malaysia memang tidak ketinggalan menyambut Hari Kemerdekaan yang cukup bermakna dalam sejarah Malaysia.
  • Tahun 2010 merupakan tahun ke 53 negara Malaysia menyambut Kemerdekaan, dimana ramai tokoh - tokoh negara kita telah berkorban untuk mencapai kemerdekaan bagi membolehkan negara kita bebas dari penjajah pada masa dulu.
  • Pada masa kini, sambutan hari kemerdekaan telah menjadi tradisi bagi negara kita menyambut hari merdeka di seluruh negara bagi mewujudkan rasa cinta dan semangat patriotik dalam diri setiap rakyat Malaysia amnya.
  • Lions Club Kuala Krai tidak ketinggalan menyambut Hari Kemerdekaan negara bersama - sama kanak - kanak istimewa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti untuk membolehkan mereka turut merasai suasana sambutan hari kemerdekaan walaupun dalam suasana yang cukup sederhana.
  • Kanak - kanak ini diraikan dengan berbagai - bagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Lions Club seperti mengagihkan bendera Malaysia yang merupakan Jalur Gemilang rakyat Malaysia untuk memupuk semangat kibarkan Jalur Gemilang.
  • Selain itu, mereka juga diberikan permainan "Jigsaw Puzzle" yang berbentuk 1Malaysia dengan mencantumkannya sejajar dengan tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini iaitu "1Malaysia Menjana Transformasi"
  • Mereka berasa sangat gembira kerana diberi peluang meraikan sambutan tersebut tetapi apa yang lebih penting adalah wujudnya semangat cintakan negara dikalangan mereka.

No comments:

Post a Comment