Wednesday, July 29, 2009

Sumbangan Pembedahan Katarak Mata






LIONS CLUB OF KUALA KRAI
TEMPAT: KLINIK KRAI
TARIKH: 28/07/2009
MASA : 5.30 PM

Ibrahim Awang yang berumur 71 tahun dan kini menetap di Kampung Sungai Pas merupakan salah seorang pesakit yang menderita penyakit katarak mata. Dr JP Kamalanathan merujuk beliau membuat pembedahan di KLINIK MATA LIONS Kuala Lumpur, akan tetapi beliau tidak dapat melakukan pembedahan tersebut disebabkan faktor usia dan tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi. Beliau telah memilih Hospital Kuala Krai. Setelah menjalani pembedahan tersebut, beliau telah disyorkan oleh pakar mata supaya menggunakan cermin mata khas.
Walaubagaimanapun, beliau tidak mampu untuk membeli cermin mata tersebut disebabkan oleh faktor kewangan yang tidak mencukupi . Justeru, beliau telah memohon sumbangan daripada Lion Club kuala krai melalui Ketua Projek ini iaitu Lion Mohan agar dapat memberikan sumbangan.
Presiden Wan Siew Leng dan ahli - ahli Lions dan Lioness menghulurkan sumbangan berbentuk cermin mata khas yang bernilai RM400 kepada beliau. Beliau telah diperiksa oleh LION Dr Shafee dan IPDG Dr JP Kamalanathan.
Beliau telah memberikan buah durian (musim durian) kepada semua ahli yang hadir sebagai balasan penghargaan.
Sementara itu, Lions Club telah menghantar dan merekemen 2 orang pesakit katarak mata ke KLINIK MATA LIONS,KUALA LUMPUR.
17/7/09 - Hun Ah Sing - Lion Leong Kok Seng
24/7/09 - Thangamah - IPDG JP Kamalanathan

Kehadiran lion: IPDG JP KAMALANATHAN, Dr. Shafee, Mohan, Nyanasegere, Panchitnathan
Lioness : Jackie dan Lew Moie

No comments:

Post a Comment