Sunday, February 10, 2013

Launching of Eye Screening Project in Kelantan for students in Kelantan


7/2/2013 - Majlis Perasmian Pelancaran Projek Saringan Penglihatan Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah di Daerah Kuala Krai dengan Kerjasama Kelab Lions Antarabangsa 
-Di Dewan Ibnu Sina, Asrama Hospital Kuala Krai

Anjuran               :- Lions Eye Clinic Foundation & Klinik Mata Hospital Kuala Krai
Dirasmikan oleh:  Yg. Bhg. Dato’ Dr. Ahmad Razin Bin Dato’ Haji Ahmad Mahir
                                (Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan)
Program             :  Majlis penyampaian cermin mata kepada 20 murid sekolah
                                 Majlis penyampaian cenderamata dan sijil  kepada guru-guru PJK
                        
Pengenalan
Rabun merupakan masalah penglihatan kabur atau tidak jelas akibat daripada focus kurang sempurna oleh sistem optik mata. Ia boleh mengakibatkan kecacatan penglihatan kekal sekiranya tidak dibetulkan.  Di Malaysia, rabun jauh merupakan masalah penglihatan yang sering berlaku terutama kepada golongan pelajar sekolah  yang berusia dalam lingkungan umur 7 – 17 tahun. Namun, tahap pengesanan masalah rabun dikalangan pelajar sekolah khususnya di Daerah Kuala Krai masih rendah.

Objektif Umum
- Meningkatkan pengesanan masalah rabun di kalangan pelajar Sekolah Rendah & Menengah Daerah Kuala Krai
- 2000 cermin mata percuma akan diberikan kepada pelajar di Negeri Kelantan.

Objektif Khusus
- Menentukan liputan saringan penglihatan
- Mengenal pasti faktor penyebab rabun di kalangan pelajar sekolah
- Mengenal pasti jenis-jenis rabun yang dialami
- Membuat penambahbaikan
- Menilai keberkesanan tindakan penambahbaikan.
Tetamu:
Dr. Laila Bt Abdullah (pengarah Hospital Kuala Krai)
Dr. JP Kamalanathan (Pengerusi Lions Eye Clinic Foundation)
Dr. Abrul Mutalib  Othman (Pakar Mata Kuala Krai)
Ast Sup. Nuradudin & Ins. Norhayah (Polis Kuala Krai)
DC Youth Wan Siew Leng , President Nyasegere, Yap Sier Seng &Asharun UJI

 

 

 










No comments:

Post a Comment